Sunday, October 2, 2011

Conserving Nature, Celebrating Life


     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .                                                  

Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau


Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya ALLAH) merasakan kepada mereka tahap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat.
(al-Rum ayat 41)

Doa selepas membaca AL-QURAN

YA ALLAH kurniakan rahmat AL-QURAN
Jadikan AL-QURAN pegangan petunjuk kasih sayang
YA ALLAH kurniakan kami apa yang kami lupa
Ajarlah apa yang kami jahil
Bantulah kami membacanya
Malam dan siang
Jadikan AL-QURAN pegangan
 يا رب العالمين


*melodi seperti bacaan dalam bahasa arab..(n_n)

Friday, September 30, 2011

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA"

Monday, August 22, 2011

في سبيل الله

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHANI walau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walau SUSAH


Percayalah bahawa ALLAH SWT masih mahu menolongmu...



Saturday, August 13, 2011

It's Another Story on Its Own

Assalamualaikum WBT


Art + Science = Architecture
Pasti??
( Jungkit kening smbil menampakkan keseluruhan gigi yang teratur ) My opinion..

Sememangnya ARCHITECTURE adalah satu bidang yang indefinite kerana dia adalah tersangat subjektif untuk dilabel sebagai sesuatu. Architecture is anything that involves the implementation of arts and science. Human creation contohnya. Bukan sekadar creating spaces, namun sesuatu yang aesthetically pleasing (arts) and functional (science) dalam masa yang sama.

Mari kita fokus pada satu ni.

Menara Telekom inspired by Hijjas Kasturi


Seperti mana di atas, Menara Telekom ini telah diinspirasikan oleh Hijjas Kasturi daripada sprouting bamboo shoot. Form yang terhasil daripada idea itu adalah art. Dari segi sains pula, kita lihat fungsi bangunan ini yang pelbagai. Dari segi element yang digunakan, spaces yang telah disediakan seperti  a large prayer hall dan a theatre yang mampu memuatkan 2, 500 audience. Building ini juga mempunyai keunikan yang tersendiri apabila mempunyai 22 open skygardens that alternating every three floors. Splendid! It's Green Architecture. Readers boleh la buat research lagi banyak tentang this Telekom Malaysia building kalau mahu. Sememangnya ada banyak lagi info yang tidak dimuatkan dalam karangan entry kali ini.

Tetapi, kadang kala, ada juga architecture yang terhasil daripada functionality. Namun begitu, ia masih tidak lari dari menghasilkan seni (art). Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, ARCHITECTURE is not only about creating spaces. Like what? Like this..

Perspective view

Front elevation

Rear elevation

The design is coming from the function itself. Form follow function. Yezza!

Baiklah readers. Ketahuilah bahawa semua di dunia dan segala isinya adalah milik ALLAH. Di sini, penulis hanya mahu berpesan-pesan sambil ingat-mengingatkan antara sesama kita. Hendaklah kita tidak menjadi sombong dan angkuh serta bermegah-megah dengan senibina yang tercipta. Kerana Allah bakal menurunkan bala kepada mereka-mereka yang angkuh lagi sombong. Hal ini telah terbukti pada kaum Tsamud iaitu pada zaman Nabi Salleh A.S yang mempunyai kehebatan dan keagungan senibina yang sungguh mengagumkan pada ketika itu. Mereka membina bangunan dengan mengukir dan mengorek daripada gunung-gunung. Bagaimana kita membayangkan penggunaan teknologi pada ketika itu dengan membina bangunan daripada gunung-ganang? Subhanallah Maha Suci ALLAH. Namun mereka-mereka itu angkuh dengan bangunan mereka yang gah. Menolak keNabian Nabi Salleh walaupun baginda telah mengeluarkan seekor unta daripada batu seperti mana yang mereka minta sebagai bukti keNabian. Semua itu berlaku dengan hanya izin ALLAH SWT. Kunfayakun...

Berikut adalah antara tinggalan kaum Tsamud :








Awesome kan?? Amacam?? Ade rase nak pegi tak??? Heheheh.....

Wassalam....

Thursday, July 21, 2011

BILA DIRI DISAYANGI

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namaMU
Tiada batasan waktu
Tiada tempat MU tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMU
Terasa diriku kembali dipandu
ENGKAU yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan ENGKAUlah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang MU
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat MU tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

Sumber daripada lirik lagu Bila Diri Disayangi by UKAYS

DESTINASI YANG PASTI

the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Assalamualaikum WBT....


Al-Fatihah...
Tidak dapat dibayangkan, tidak disangka-sangka. Walhal arwah baru sahaja update blog pada hari Khamis yang lalu..Ya, tak sangka... Thursday, July 14, 2011 at at 11:05 AM...


Begitulah ajal dan maut. Semuanya telah tetap,tertulis di loh mahfuz oleh Maha Pencipta. Sejak dari azali. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU. Lahirnya manusia itu, jodoh dan pertemuan, ajal dan maut. Sememangnya semua yang pasti ini tidak diketahui, tidak dapat dijangka oleh kita sebagai manusia biasa. Semuanya telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa Azzawajalla. Daripada apa yang pernah didengar, sesungguhnya mengingati mati itu adalah sunnat bagi kita. Ingatlah perkara mati itu pada setiap saat, setiap detik. Pada bila-bila ketika sahaja, yang dikehendaki-NYA, Allah boleh mengutuskan malaikat Izrail, mencabut nyawa. Tidak mengira usia, kanak-kanak, remaja, tua, muda. 


Jantung berdegup laju tatkala terbayangkan diri ini bagaimana nantinya. Bilakah Izrail akan datang memanggil? Sedang apakah yang dilakukan kala itu? Bagaimana rupa yang dipamerkan? Sakit yang bagaimana tatkala roh itu terpisah dari jasad? Kemudiannya, dimandikan, dikafankan, disolatkan dengan empat takbir dan satu salam. Adakah melihat suasana ketika itu? Sanak saudara sahabat handai yang mungkin menangis dengan pemergian ini? Seterusnya diusung jasad ini, kesorangan dikambus di dalam tanah. Bagaimana nantinya apabila datang malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur bertanyakan soalan-soalan yang telah dibocorkan. Yang sudah dihafal jawapannya tatkala hayat masih dikandung badan. Adakah bisa diucapkan tatkala soalan-soalan itu dilontarkan oleh dua malaikat itu? Bagaimanakah nantinya wajah yang mereka akan pamerkan? Bengis? Marah? Menakutkan? 


YA ALLAH..SESUNGGUHNYA AKU TAKUT PADA AZAB-MU. BERIKANLAH AKU KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

Apa yang pasti, setiap yang hidup di dunia ini, pasti akan mati. Haiwan, tumbuh-tumbuhan, kita manusia........Sudahkah anda bersedia?? Sudah persiapkan amalan sedekah amal jariah yang mahu dibekalkan di alam barzakh nanti?? Ajal itu pasti....

Apabila Izrail datang mencabut nyawa Adam, maka terputuslah segala amalannya di dunia melainkan sedekah jariah dan doa anak soleh.....

Semoga sempat bertaubat. Ingatan untuk diri sendiri. Wassalam...


 *AL-FATIHAH disedekahkan kepada Allayarham Farhah Fakihah yang telah kembali ke rahmatullah awal malam td. Allayarham telah terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta dan lori pasir dan telah berada di hospital selepas menjalani pembedahan di kepala sejak khamis lalu.. Takziah buat keluarga beliau. Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt..

Sunday, July 10, 2011

Marching for A Revolution

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum WBT,

Mari kite tonton dulu video ini...I really love the last part too...(n_n)v..love Malaysia....Malaysians are all over the world la dude!!


Apa org boleh cakap mengenai perhimpunan BERSIH_2.0_ yang telah diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011?


  • It was something that cannot be forgotten lah kan...
  • Huru-hara??

umm...Mari baca dialog 2 org remaja muda yg berbeza..seorg yg lebih tahu dan seorg kurang mengetahui, tapi mahu mengambil tahu...org yang pada asalnya tidak ambil kisah langsung tentang politik negara sekarang ingin ambil tahu...btw, ini adalah pendapat masing2..no offence ok...

elok lah kita berdiam diri dari berckp mengenai sesuatu yg tidak berasas dan tidak tahu asal usul cerita..lebih baik bertanya itu ini dan semat lah di dalam minda..yg baik dijadikan tauladan, buruk jadi sempadan...think smart yahh!...=)


  • salam..aq nk tnye ni

  • salam....ape ad hal??

    • umm,yg pasal bersih,itu dikira rusuhan ke? adakah ianya sbg satu perhimpunan haram?

      rusuhan jika ianya menyusahkn pihak lain...haram jika tidak mempunyai permit...

      • ok..permit bersih dpt dari mane?

        mane ad permit...tp nk permit kene minx kt mahkamah...

        kire haram la ni?

        ntah la...sbb dorang minx elok2 xbagi...2 yg mai buat je...n dlabel hram...btw...perhimpunan 2 kn x jadi...so kerajaan sronok la..x jadi sbb xde pemimpin...memng la ap pon xjadi...91 org pemimpin yg patut hadir dihalang untuk ke perhimpunan 2....so...bygkn lah ia sama seperti perhimpunan skolah...xde pengetua, pk,pk hem, dan guru2, sape nk memimpin org kt skola 2....


        • ooo..tapi kenapa smpai ade yg meninggal


          • dah kene blasah mati la...
          • tengok page ni...
          • tido ke??


            • tgh tgok la...hihi...ok..kirenya waktu perhimpunan tu time berarak polis saje2 melepaskn gas pemedih ataupun mmg org ramai ade buat huru-hara?

            • mane ad huru hare cam kt lua negare 2...xde pon kedai yg kene pecah...kene rompak...


              • maksudnya disini pihak atasan bertindak xwajar la kat dorg?


                • ya...eh...knape tibe ko ni nk berpolitik ngan ak...


                  • aq nak amek tahu laaa..umm..pihak atasan bertindak xwajar kat para perhimpun bersih tu sbbnya,kalau mereka xbuat huru-hara. kenapa sampai ade yg tergadai nyawa? kenapa ada yg ditahan masuk lokap?

                    cube ko dtg perhimpunan 2...pas2 polis tibe2 baling gas pemedih mate, ngan simbah ko dengan air pili bomba yg presure kuat gila 2..mau ko x mengamuk...


                    • polis tetibe je buat camtu? sbbnye?

                      menghalang kemaraan rakyat...kn nk pusing 1 k.l....


                      • ko tgh bizi ke?cm maleh je

                        x...ak x faham ngan ko ni...beria-ia nk taw pasal politik ni...kenape??


                        • biaq p la...xboleh?aq anak malaysia gak...ape yg bersih nak sebenarnya?

                          nak menuntut perkara 17


                          • ooo..ok..tengkiu...stakat tau utk bersih ni ok da laa.nanti yg laen2 aq tanye dari mase ke masa..okayy..tengkiu..


                    Sekian saja..Wassalam...


    *dgr cite perhimpunan ini tidak langsung memberi kesan kpd kerajaan..humm...bagaimana pula nanti jadinya?? 

Saturday, June 25, 2011

MERENUNG DIRI KU

Maafkan orang lain yang berbuat salah
Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan
Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya
Jangan benci kepada orang yang membenci
Jangan melukai hati orang lain
Berlakulah adil, walaupun diri sendiri akan mendapat kerugian

Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan (n_n)


Ya Allah, guide me always........

Friday, June 24, 2011

SEPATU KUNING

ada bunga-bunga
bunganya ada empat warna
hijau, merah, biru, kuning
sangat menarik
sungguh!
kisah sepatu kuning
sepatu itu sangat menjadi kegemaran
tetapi tidak tahu
mampu bertahan
harap berguna lama
terima kasih Abah...(n_n)


CERITA HARI JUMAAT

hye...err..test..test..1,2,3...hahaha...xbetul betul la dia ni...(n_n)"


Assalamualaikum....



um...cume utk permulaan, nk update blog saje2 kan...err....arini saya masak...memasak..
aduii...kenape ketaq ni..gabra la pulak nk update blog...(xbape reti sebenarnya).....
OKAYY...LETS BEGIN THIS VERY CONFIDENTLY!!!

ehehee....err..besok la..arini xtahu la nk ckp ape...cume saya nk ckp arini saya memasak bersama mama saya....saya tolong2 je...(n_n)....mama saya buat ketam masak sambal...sedapnye...

masakan mama memang sedap...mama memang sibuk...sbb biasanya memang xsempat sbb kadang2 mama ada meeting kat skola pagi tu..jadi..kebiasaannya saya la yang masak. tapi sebab arini ari jumaat, jadi masanya panjang sikit.sebab hari jumaat skolah petang masuk pukul dua..jadi...sempat...hahaha.....orait...satu lagi..hujung minggu ni rasa mcm nak buat ginger bread dan spaghetti bolognese....(n_n)..da lame sgt xbuat..entah ape rasenye...bak kata mama,

"Memasak pon kene berlatih...."

jadi....mula2 memang xsedap..lame2 mesti dah master...kan? haaa....kalau ade sesape nak  share recipe mari la....duduk rumah cuti semester memang seronok sbb boleh blaja mcm2 jenis masakan...

Lebih kurang mcm ni la..tapi saya nk try buat sos dia ala2 melayu sikit...=)



Tetibe terigt kat sorg cikgu time kat skola Mersing dulu...cikgu ni ajar Teknologi Kejuruteraan (TK). nama dia Hapiz Raya. dia penah cakap...budak lelaki kene blaja pandai2..carik kerja yg boleh tampung masa depan sbb dorg akan pegang bnyk tanggungjwab yg besar...tapi kalau perempuan...belajar la sebaik mungkin. kalau ade rezeki boleh la kerja gaji besar..tapi kalau xdpt, memasak la alternatifnya...kenapa? haaa...jgn pandang rendah....masak2 ni bukan saje utk mkn2 famili saje, kalau masaknya pro, dah boleh bkk kedai...haaa.....kan untung...tetibe jadi business woman plak en.xpasal pasal.......hahahahhaha....berangan lagi...hai laa...... xape...kata Hamka


"YANG ADA SUDAH HARAPAN KITA"
               tetapi insan,bukan salah utk kita mengharapkan yg belum ada tetapi jgn lupa yg telah ada

hahaha..appadaa...tadi kate xtahu nak citer ape..ini dah mcm buat novel je ku tgok....orait..xpe laa.....nice try....kesimpulannya...APA PON KENE BERLATIH....okayy....nice try indeed! (n_n)v....Salam Jumaat.