Thursday, July 21, 2011

DESTINASI YANG PASTI

the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Assalamualaikum WBT....


Al-Fatihah...
Tidak dapat dibayangkan, tidak disangka-sangka. Walhal arwah baru sahaja update blog pada hari Khamis yang lalu..Ya, tak sangka... Thursday, July 14, 2011 at at 11:05 AM...


Begitulah ajal dan maut. Semuanya telah tetap,tertulis di loh mahfuz oleh Maha Pencipta. Sejak dari azali. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU. Lahirnya manusia itu, jodoh dan pertemuan, ajal dan maut. Sememangnya semua yang pasti ini tidak diketahui, tidak dapat dijangka oleh kita sebagai manusia biasa. Semuanya telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa Azzawajalla. Daripada apa yang pernah didengar, sesungguhnya mengingati mati itu adalah sunnat bagi kita. Ingatlah perkara mati itu pada setiap saat, setiap detik. Pada bila-bila ketika sahaja, yang dikehendaki-NYA, Allah boleh mengutuskan malaikat Izrail, mencabut nyawa. Tidak mengira usia, kanak-kanak, remaja, tua, muda. 


Jantung berdegup laju tatkala terbayangkan diri ini bagaimana nantinya. Bilakah Izrail akan datang memanggil? Sedang apakah yang dilakukan kala itu? Bagaimana rupa yang dipamerkan? Sakit yang bagaimana tatkala roh itu terpisah dari jasad? Kemudiannya, dimandikan, dikafankan, disolatkan dengan empat takbir dan satu salam. Adakah melihat suasana ketika itu? Sanak saudara sahabat handai yang mungkin menangis dengan pemergian ini? Seterusnya diusung jasad ini, kesorangan dikambus di dalam tanah. Bagaimana nantinya apabila datang malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur bertanyakan soalan-soalan yang telah dibocorkan. Yang sudah dihafal jawapannya tatkala hayat masih dikandung badan. Adakah bisa diucapkan tatkala soalan-soalan itu dilontarkan oleh dua malaikat itu? Bagaimanakah nantinya wajah yang mereka akan pamerkan? Bengis? Marah? Menakutkan? 


YA ALLAH..SESUNGGUHNYA AKU TAKUT PADA AZAB-MU. BERIKANLAH AKU KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

Apa yang pasti, setiap yang hidup di dunia ini, pasti akan mati. Haiwan, tumbuh-tumbuhan, kita manusia........Sudahkah anda bersedia?? Sudah persiapkan amalan sedekah amal jariah yang mahu dibekalkan di alam barzakh nanti?? Ajal itu pasti....

Apabila Izrail datang mencabut nyawa Adam, maka terputuslah segala amalannya di dunia melainkan sedekah jariah dan doa anak soleh.....

Semoga sempat bertaubat. Ingatan untuk diri sendiri. Wassalam...


 *AL-FATIHAH disedekahkan kepada Allayarham Farhah Fakihah yang telah kembali ke rahmatullah awal malam td. Allayarham telah terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta dan lori pasir dan telah berada di hospital selepas menjalani pembedahan di kepala sejak khamis lalu.. Takziah buat keluarga beliau. Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt..

No comments:

Post a Comment